SAINS T4B3 SMARTNOTESS
BAB 3 : KETURUNAN & VARIASI
Mitosis
Proses pembahagian sel yang berlaku di dalam sel soma sahaja.
Kepentingan Mitosis
✓Membentuk sel-sel baru untuk proses pertumbuhan
✓Menggantikan sel-sel yang rosak atau mati
✓Membolehkan pembiakan aseks
Meiosis
Proses pembahagian sel untuk menghasilkan gamet dengan bilangan kromosomnya separuh
Kepentingan Meiosis
✓Menyebabkan variasi
✓Membolehkan pertukaran bahan genetik
MEIOSIS & MITOSIS
Gen Dominan & Gen Resesif
Mutasi Gen
Perubahan yang berlaku dalam struktur gen
Contoh:
1) Albinisme - tidak dapat menghasilkan pigmen kulit
2) Anemia - Hemoglobin tidak cekap dalam mengangkut oksigen
3) Buta warna - Tidak dapat melihat atau membezakan warna merah dan hijau
4) Hemofilia - Mengalami pendarahan secara berterusan atau darahnya mengambil masa yang lama untuk membeku jika mengalami kecederaan
Mutasi Kromosom
Perubahan yang berlaku dalam bilangan kromosom atau urutan gen dalam suatu kromosom
1) SINDROM TURNER ( XO )
✓Kekurangan satu kromosom X
✓Biasanya berlaku pada perempuan
Ciri-ciri
•mandul
•rendah
•tidak mengalami kitar haid
2) SINDROM KLINEFELTER ( XXY )
✓Mempunyai kromosom X tambahan
✓Biasanya berlaku pada lelaki
Ciri-ciri
•testis yang kecil
•Mandul
•Menghasilkan sperma yang kurang kualiti
3) SINDROM DOWN
✓Kehadiran satu kromosom tambahan pada kromosom ke-21
✓Kemungkina berlaku pada mana-mana jantina
Ciri-ciri
•Mata sepet
•Kerencatan akal
•Jari-jari yang pendek
Variasi Selanjar & Variasi Tak Selanjar
Comments
Post a Comment