EKONOMI T4B1 SMARTNOTESS

DEFINISI YG PATUT HAFALπŸ’πŸ»πŸ’πŸ»πŸ’πŸ»
  1. Ilmu ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia tidak terhad.
  2. Kehendak ialah keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah.
  3. Kekurangan ialah keinginan manusia jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad.
  4. Isi rumah ialah seorang individu, sebuah keluarga, atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi.
  5. Firma ialah sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
  6. Kerajaan merupakan sebuah badan organisasi yanv mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang bagi menjaga kestabilan ekonomi dan sosial.
  7. Faktor pengeluaran ialah sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
  8. Kos lepas ialah pulangan yang mungkin daripada barang-barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat daripada pemilihan sesuatu barangan.
  9. Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) ialah keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi
  10. Ekonomi pasaran bebas ialah satu sistem ekonomi yang individu dan pihak swasta bebas membuat segala keputusan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan
  11. Sistem ekonomi perancangan pusat ialah satu sistem ekonomi yang kerajaan berkuasa penuh dalam segala aktiviti ekonomi dan membuat keputusan ekonomi
  12. Sistem ekonomi campuran ialah satu sistem ekonomi yang menggabungkan pelbagai  ciri kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat
  13. Sistem ekonomi Islam ialah sistem ekonomi yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Segala aktiviti dan keputusan ekonomi haruslah berdasarkan syariat Islam

    KONSEP KEKURANGAN PILIHAN KOS LEPAS
     https://drive.google.com/uc?export=view&id=13KbBmFOHmhB_Yr19IXv8ovrk2x3fdHoX

    KEKURANGAN

    -Mempunyai  sumber ekonomi yang terhad berbanding kehendak manusia yang tidak terhad

    -Barangan yang dihasilkan tidak dapat memenuhi kehendak manusia

    -Wujud apabila kehendak individu melebihi sumber ekonomi yang dimiliki

    -Kekurangan sumber berlaku apabila permintaan melebihi penawaran


    PILIHAN

    -Tindakan membuat keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan melibatkan pengorbanan

    -Berlaku akibat masalah kekurangan antara kehendak dengan barangan yang dapat dihasilkan oleh faktor pengeluaran

    -Apabila membuat pilihan terdapat kehendak yang terpaksa dilepaskan


    KOS LEPAS

    -Pulangan daripada barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan berpunca sumber yang terhad

    -Wujud apabila berlaku proses membuat pilihan

    -Jumlah keluaran suatu barang yang harus dikurangkan bagi memperolehi seunit barang lain
    PENYELESAIAN MASALAH EKONOMI


    ISI RUMAH-Kekurangan pendapatan
    -Pilihan : Memaksimumkan kepuasan
    -Kos lepas : Barang kedua terbaik terbaik terpaksa dilepaskan kerana memilih barang pertama terbaik yang memaksimumkan kepuasan

    FIRMA
    -Kekurangan faktor pengeluaran
    -Pilihan : Memaksimumkan keuntungan
    -Output kedua terbaik terpaksa dilepaskan kerana memilih output pertama terbaik yang memaksimumkan keuntungan

    KERAJAAN
    -Kekurangan hasil negara
    -Pilihan : Memaksimumkan kebajikan rakyat
    -Projek pembangunan kedua terbaik terpaksa dilepaskan kerana memilih projek pembangunan pertama terbaik yang memaksimumkan kebajikan masyarakat

    FAKTOR PENGELUARAN


    https://drive.google.com/uc?export=view&id=1X31TX4T2Hduh0esBpkGOCtMhWtUkOTbg

    https://drive.google.com/uc?export=view&id=1_lD82ma-fScMepRD95LTOz9l3gGvFYS1


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1gYfU-FmNk_q9HMguZvUr36kPdtFKDvaz

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yY9MYh4U1RgMl7QhPuMoJbUPCYKChvo6

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)


Keluk yang menunjukkan had maksimumkan tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran yang ada dan tingkat teknologi tertentu
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1OlFvP0MlxQm2c1OeE1GAAQQAPTD5fovwhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1g3TOoY1hz6xbtFY9CXkAVXulbs_CTibQ

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1V1AAk8nylZ7kUbKU6uszqCtpXdgeHcun

TITIK F-Ketidakcekapan ekonomi-Pengeluaran tidak mencapai tahap maksimum-Berlakunya pengangguran-Berlakunya pembaziran sumber
TITIK A,B,C,D,E-Kombinasi pengeluaran barangan yang cekap-Wujud tingkat guna tenaga penuh-Teknologi digunakan sepenuhnya-Berlakunya kos lepas kesan daripada pilihan yang dibuat
TITIK G-Ketidakupayaan ekonomi-Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh-Tingkat teknologi terhad-Berlakunya masalah kekurangan faktor pengeluaran
PENGIRAAN KOS LEPAS
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Meqj6-caiOrmglWpAuzKmV9qBVMfjGsE



PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI


*ABBU*


APA YANG HENDAK DIKELUARKAN

•Penentuan jenis barang

•Tujuan : Sumber tidak dibazirkan

•Penyelesaian : Permintaan masyarakat


BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN

•Penentuan kuantiti barangan

•Tujuan : Kuantiti barangan mencukupi

•Penyelesaian : Permintaan masyarakat


BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN

•Penentuan cara pengeluaran

•Tujuan : Meminimumkan kos pengeluaran

•Menggunakan kaedah intensif buruh atau modal

•Penyelesaian : Teknik pengeluaran paling cekap


UNTUK SIAPA DIKELUARKAN

•Penentuan corak agihan barang

•Tujuan : Agihan kepada setiap individu atau golongan tertentu sahaja

•Penyelesaian : Corak agihan pendapatan wang



CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI


SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS

-Individu dan swasta bebas memiliki faktor pengeluaran 

-Kerajaan tidak campur tangan dalam hal ekonomi

-Pengguna bebas memilih barangan yang memaksimumkan kepuasan

-Pengeluar bebas memilih kaedah pengeluaran yang meminimumkan kos pengeluaran

-Motif kerajaan ialah memaksimumkan keuntungan

-Persaingan bebas antara firma

-Harga ditentukan melalui mekanisme harga 

-Contoh negara ialah Amerika Syarikat dan Hong Kong


SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

-Faktor pengeluaran dimiliki oleh kerajaan

-Pengguna dan pengeluar tidak bebas memiliki faktor pengeluaran

-Penyelesaian masalah asas ekonomi ditentukan oleh kerajaan 

-Pengguna tidak bebas memilih barangan yang memaksimumkan kepuasan

-Pengeluar tidak bebas memilih kaedah pengeluaran

yang memaksimumkan keuntungan.

-Motif kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan masyarakat

-Tidak wujud persaingan antara pengeluar

-Kerajaan mempunyai kuasa monopoli

-Harga dikawal oleh kerajaan 

-Contoh negara ialah Cuba dan Korea Utara


SISTEM EKONOMI CAMPURAN

-Individu dan swasta bebas memiliki faktor pengeluaran

-Terdapat faktor pengeluaran yang dimiliki oleh kerajaan untuk kebajikan masyarakat

-Pengguna bebas memilih barangan yang memaksimumkan kepuasan

-Pengeluar bebas mengeluarkan barangan yang memaksimumkan keuntungan

-Kebebasan individu dan firma dikawal oleh kerajaan melalui peraturan dan undang-undang

-Motif pihak swasta ialah memaksimumkan keuntungan

-Motif kerajaan ialah memaksimumkan masyarakat

-Firma bebas bersaing untuk mengeluarkan barang ekonomi

-Tidak wujud persaingan untuk mengeluarkan barang awam

-Harga barang ekonomi ditentukan melalui mekanisme pasaran

-Harga barang awam dikawal oleh kerajaan

-Contoh negara ialah Malaysia, Singapura dan Thailand


TUJUAN CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN

1)Membekalkan barang awam

2)Menstabilkan ekonomi

3)Merapatkan jurang pendapatan

4)Mengurangkan kesan eksternaliti

5)Mengawal harga barang dan perkhidmatan

6)Melaksanakan program ekonomi awam


PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMIABBU


SISTEM EKONOMI PASARAN   BEBAS/KAPITALIS

A : Ditentukan oleh mekanisme pasaran

B : Ditentukan melalui mekanisme pasaran

B : Kaedah yang memaksimumkan keuntungan atau meminimumkan kos pengeluaran

U : Ditentukan melalui kuasa beli individu


SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT 

A : Ditentukan oleh kerajaan 

B : Ditentukan oleh kerajaan

B : Ditentukan oleh kerajaan

U : Kerajaan mengagihkan barangan kepada semua lapisan masyarakat


SISTEM EKONOMI CAMPURAN

A : Barang ekonomi - ditentukan melalui mekanisme pasaran

Barang awam - Ditentukan melalui kerajaan


B : Barang ekonomi - ditentukan melalui mekanisme pasaran

Barang awam - Ditentukan melalui kerajaan


B : Barang ekonomi - kaedah yang memaksimumkan keuntungan

Barang awam - kaedah yang memaksimumkan kebajikan masyarakat


U : Barang ekonomi - mengikut kuasa beli individu

Barang awam - untuk semua masyarakat
KELEBIHAN & KELEMAHAN SISTEM EKONOMI
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1r26XXknXDgtC_RQ5Pu63VaOYRekPH-1Z



EKONOMI ISLAM


CIRI-CIRI

•Menjadi sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam

-Matlamat untuk mencapai keseimbangan hidup di dunia dan akhirat

-Semua aktiviti ekonomi berlandaskan Al-Quran dan Hadis


•Wujud persaingan yang adil dan saksama

-Pengguna bebas memilih barangan dan pekerjaan asalkan halal

-Pengeluar bebas bersaing asalkan tidak menindas kepentingan orang lain

-Kerajaan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang-undang


•Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat

-Kepentingan awam lebih diutamakan berbanding kepentingan individu

-Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat 



Comments

Popular posts from this blog

40 KOSA KATA TINGGI UTK KARANGAN SPM

KOMSAST5 BEBERAPA PETUA HIDUP SMARTNOTESS

SOALAN STRUKTUR EKONOMI T4 B1(TRIAL SPM 2019-Kelantan)