SOALAN STRUKTUR EKONOMI T4 B1(TRIAL SPM 2019-Kelantan)

1) Maklumat di bawah barkaitan dengan Encik Gopal

Encik Gopal telah mengusahkan perternakan ayam kampung di tanah pusaka, di Teloi Kanan,Kedah. Beliau mengupah 8 orang pekerja asing dan hasil diperolehi sebanyak RM10000 sebulan.

Terangkan faktor-faktor pengeluaran yang terlibat di atas.(6markah)

Jawapan :

Tanah ialah sumber anugerah semula jadi ciptaan Tuhan. Tanah memiliki penawaran yang terhad. Usahawan ialah individu yang menggabungkan dan menyelaraskan semua faktor pengeluaran yang ada. Usahawan berani menghadapi risiko. Seterusnya, buruh merupakan individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. Buruh memiliki mobiliti geografi dan mobiliti pekerjaan yang tinggi. 

*Jawapan lain yang munasabah diterima 
(Modal tidak terlibat dalam soalan ini.RM10000 itu hasil bukan modal.Modal digunakan untuk memulakan perniagaan dan menjalankan proses pengeluaran)

2) Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara seorang anak dan bapanya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1P23Cyw8or_eGMN3JXRJfOosom9-5nXZv

Terangkan masalah ekonomi dihadapi oleh keluarga tersebut. (5markah)

Jawapan :

Seorang bapa dan seorang anak mengalami masalah kekurangan pendapatan. Oleh itu, mereka terpaksa membuat pilihan yang memaksimumkan kepuasan. Mereka menghadapi kos lepas. Kos lepasnya ialah barang kedua terbaik terpaksa dilepaskan kerana memilih barang pertama terbaik. Sebagai contoh, kasut sukan terpaksa dilepaskan kerana memilih kasut sekolah.
 
*Jawapan lain yang munasabah diterima jika mengikut formula berikut:

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1yv7FRvEU0xly97sVVcPUSf-1DmMAL2DU






Comments

Popular posts from this blog

40 KOSA KATA TINGGI UTK KARANGAN SPM

KOMSAST5 BEBERAPA PETUA HIDUP SMARTNOTESS