SOALAN STRUKTUR B4T4 (1)

Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW telah menimbulkan reaksi  menerima dan menentang daripada masyarakat Arab

a) Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam??

- Dilakukan secara rahsia selama 3 tahun
- Disebarkan dalam kalangan ahli keluarga terdekat
- Dilakukan secara terbuka selama 10 tahun
- Seruan kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa

b) Mengapakah sebahagian masyarakat Arab menentang penyebaran Islam??

- Prinsip persamaan taraf sesama manusia
- Konsep persaudaraan Islam
- Kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa
- Menggugat ekonomi orang Arab Quraisy
- Islam melarang amalan dan akhlak keji yang menjadi kebiasaan mereka

c) Bagaimanakah masyarakat Arab menentang penyebaran Islam??

- Mencemuh Nabi Muhammad dengan kata-kata nista
-Meletakkan benda-benda kotor di tengkuk baginda semasa sedang bersembahyang
- Memujuk baginda dengan menawarkan kedudukan, harta, dan wanita yang cantik
- Membuat pakatan membunuh Nabi Muhammad SAW
- Menulis pernyataan pemulauan dan menggantungkannya
- Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam

d) Mengapakah Islam akhirnya diterima oleh masyarakat Arab??

- Tertarik dengan agama Islam
- Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW berdakwah
- Layanan yang sama kepada semua manusia
- Kemurnian agama Islam
- Tiada paksaan untuk memeluk Islam
- Yakin dengan agama Islam
- Baginda berdakwah secara lemah-lembut dan berhemah
- Baginda menunjukkan teladan baik
- Baginda memujuk menggunakan akal

e) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam dalam kalangan masyarakat Arab

- Kesabaran pasti membuahkan hasil
- Terus berusaha tanpa jemu
- Sentiasa memikirkan strategi untuk mengatasi masalah
- Setiap usaha keras akan membuahkan hasil
- Mengamalkan prinsip kerjasama pasukan asas kejayaan

Comments

Popular posts from this blog

40 KOSA KATA TINGGI UTK KARANGAN SPM

KOMSAST5 BEBERAPA PETUA HIDUP SMARTNOTESS

EKONOMI T4B1 SMARTNOTESS