Posts

Showing posts from April, 2020

SOALAN STRUKTUR EKONOMI T4 B1(TRIAL SPM 2019-Kelantan)

Image
1) Maklumat di bawah barkaitan dengan Encik Gopal Encik Gopal telah mengusahkan perternakan ayam kampung di tanah pusaka, di Teloi Kanan,Kedah. Beliau mengupah 8 orang pekerja asing dan hasil diperolehi sebanyak RM10000 sebulan. Terangkan faktor-faktor pengeluaran yang terlibat di atas.(6markah) Jawapan : Tanah ialah sumber anugerah semula jadi ciptaan Tuhan. Tanah memiliki penawaran yang terhad. Usahawan ialah individu yang menggabungkan dan menyelaraskan semua faktor pengeluaran yang ada. Usahawan berani menghadapi risiko. Seterusnya, buruh merupakan individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. Buruh memiliki mobiliti geografi dan mobiliti pekerjaan yang tinggi.  *Jawapan lain yang munasabah diterima  (Modal tidak terlibat dalam soalan ini.RM10000 itu hasil bukan modal.Modal digunakan untuk memulakan perniagaan dan menjalankan proses pengeluaran) 2) Gambar di bawah menunjukkan perbualan antara seorang anak dan bapanya. Terangkan masalah eko...

EKONOMI T4B1 SMARTNOTESS

Image
DEFINISI YG PATUT HAFALπŸ’πŸ»πŸ’πŸ»πŸ’πŸ» Ilmu ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia tidak terhad. Kehendak ialah keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan agar mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah. Kekurangan ialah keinginan manusia jauh melebihi apa yang dapat dihasilkan dalam ekonomi dengan sumber ekonomi yang terhad. Isi rumah ialah seorang individu, sebuah keluarga, atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan berfungsi sebagai satu unit ekonomi. Firma ialah sebuah organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Kerajaan merupakan sebuah badan organisasi yanv mempunyai kuasa untuk membuat dan menguatkuasakan undang-undang bagi menjaga kestabilan ekonomi dan sosial. Faktor pengeluaran ialah sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Kos lepas ia...